Wednesday, July 31, 2013

Talam 20 Muka

Assalamualaikum :)

Aku paling tak suka bila ada orang yang kacau hidup aku. Padahal aku tak kacau hidup dia pun. Sebenarnya apa yang dia nak dari aku? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku? Selama ni aku ok je dengan dia. Tapi lepas dia cakap aku bukan bukan, takkan aku nak diam? memang tak la kan.
Aku takkan berdendam dengan orang kalau orang tu tak cari mati dengan aku. Aku takkan buat macam ni kalau dia ok je dengan aku. Apa masalah dia? Dengki? Cemburu? Siap bagi surat bagai. Tau pulak dia marah bila aku update kat blog macam ni. Dia pikir aku tak marah dia kutuk kutuk aku?
Pagi tadi masa aku datang kelas nenek tu, aku perasan je yang nenek tu ada jeling kat aku. Lepas tu aku panggil dia nak settle. Dia ada cakap yang takde benda buat dia tak puas hati dengan aku. Tapi hakikatnya? Aku tau sangat perangai dia macam mana. Hipokrit!! Depan aku baik, kat belakang dia tikam aku. Dia kutuk aku bukan bukan.
Kadang kadang aku tak faham dengan dia ni. Sekejap baik sekejap tak. Aku takkan play game kalau takde orang yang start. Tapi kau yang start dulu kan? Jadi aku pun play lah. Aku pun tak tau bila nak "game over." Daripada muka aku tadi dia nampak yang aku still tak puas hati lagi dengan dia. Memang pun. Aku memang tak puas hati dengan dia!
Aku takkan serik selagi dia tak rasa apa yang aku rasa.  Aku memang berdendam dengan dia. Aku tau dendam dendam ni tak baik. Tapi macam aku cakap tadi lah. Aku tak suka orang cari pasal dengan aku. Kalau orang ok dengan aku, aku pun ok jugak dengan orang. Kalau aku diam, mungkin dah panjang berjela dah novel dia tu. Best betul dapat kawan yang talam 20 muka ni.

No comments:

Post a Comment