Wednesday, July 31, 2013

Talam 20 Muka

Assalamualaikum :)

Aku paling tak suka bila ada orang yang kacau hidup aku. Padahal aku tak kacau hidup dia pun. Sebenarnya apa yang dia nak dari aku? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku? Selama ni aku ok je dengan dia. Tapi lepas dia cakap aku bukan bukan, takkan aku nak diam? memang tak la kan.
Aku takkan berdendam dengan orang kalau orang tu tak cari mati dengan aku. Aku takkan buat macam ni kalau dia ok je dengan aku. Apa masalah dia? Dengki? Cemburu? Siap bagi surat bagai. Tau pulak dia marah bila aku update kat blog macam ni. Dia pikir aku tak marah dia kutuk kutuk aku?
Pagi tadi masa aku datang kelas nenek tu, aku perasan je yang nenek tu ada jeling kat aku. Lepas tu aku panggil dia nak settle. Dia ada cakap yang takde benda buat dia tak puas hati dengan aku. Tapi hakikatnya? Aku tau sangat perangai dia macam mana. Hipokrit!! Depan aku baik, kat belakang dia tikam aku. Dia kutuk aku bukan bukan.
Kadang kadang aku tak faham dengan dia ni. Sekejap baik sekejap tak. Aku takkan play game kalau takde orang yang start. Tapi kau yang start dulu kan? Jadi aku pun play lah. Aku pun tak tau bila nak "game over." Daripada muka aku tadi dia nampak yang aku still tak puas hati lagi dengan dia. Memang pun. Aku memang tak puas hati dengan dia!
Aku takkan serik selagi dia tak rasa apa yang aku rasa.  Aku memang berdendam dengan dia. Aku tau dendam dendam ni tak baik. Tapi macam aku cakap tadi lah. Aku tak suka orang cari pasal dengan aku. Kalau orang ok dengan aku, aku pun ok jugak dengan orang. Kalau aku diam, mungkin dah panjang berjela dah novel dia tu. Best betul dapat kawan yang talam 20 muka ni.

Tuesday, July 30, 2013

Inilah Kawan


Assalamualaikum :)

Dendam di hatiku masih belum terbalas kepada Nenek Kebayan Moden yang suka reka cerita tentang aku. Apabila memikirkan kembali apa yang dia cakap tentangku, hatiku bagaikan ingin meletup bom kebabom seperti tayar lori yang pecah. Wahai Nenek Kebayan, ingin saja aku memaki hamun engkau tetapi apakan daya niatku ini selalu saja diganggu oleh pelbagai halangan. *bahasa buka teks ke ni?*

Aku benci perempuan hipokrit. Benci perempuan perasan hot. Benci perempuan yang terhegeh hegeh nak kat lelaki. Wahai si nenek kebayan, haritu kau dah minta maaf kat aku. Tapi sekarang kenapa kau tak puas hati lagi kat aku? kenapa kau nak perli kawan kawan aku? kau pikir kau bagus? kau pandai kan? kenapa kau tak fikir dulu sebelum nak buat something yang bodoh macam tu?

Selama ni aku ingatkan kau baik, tapi bila kau dah buat aku macam ni. Memang tak lah aku nak percaya kau lagi. Menyesal rasanya aku delete entry haritu. Kau cakap kau dah bakar novel yang kau tulis tu. Kau cakap kau dah unfriend zombie celup tu. Memang la kau buat semua tu. Tapi aku tau kau takkan boleh lupakan zombie celup tu dan kau takkan boleh terima hakikat.

Depan aku kau baik. Belakang aku? perangai kau macam sampah sarap la wei. Makin lama aku tengok muka kau, makin membuak buak kemarahan aku kat kau. Pagi tadi aku perasan je kau dengan geng kau ulang alik depan kelas aku semata mata nak pandang zombie celup tu. Woi, zombie celup tu cuma sembang  je dengan aku. Itu pun kau dah cakap kitorang dating. Kepala tengkorak kau!

Sekarang ni aku cuma tunggu masa yang sesuai je nak bidas kau. Wei, kalau setakat kutuk belakang belakang, aku pun boleh buat. Kau bagi budak kelas kau baca novel kau. Aku pun boleh bagitau budak kelas aku pasal perangai kau yang sebenarnya.

Kalau kau nak sangat dekat zombie celup tu, kau ambik jelah dia. Tak payah la susahkan hidup aku. Tak payah la nak masukkan nama aku dalam novel kau yang macam haram, sial, cilaka tu!!  Aku tak kacau life kau, so kau pun tak payah la kacau life aku! Benci doh tengok muka kau!

Saturday, July 27, 2013

Si Tembam Niniey


Hello hello! Assalamualaikum. Dah 18 hari kita puasa kan? sekejap je rasanya. Waktu sekarang menunjukkan pukul 12.47 a.m. tapi aku tak tau kenapa mata aku ni still tak mengantuk lagi. Biasa waktu waktu macam ni aku dah tidur. Takpelah, bukannya selalu pun aku tidur lambat macam ni. Btw, ini entry yang sangat sangat sangat sangat sangat gembira.

Pada hari Khamis yang lalu bersamaan 25 Julai 2013, Nini ada dapat call daripada reporter. Reporter tu cakap yang girlfriend kesayangan aku ni terpilih untuk masuk akhbar. Lepas tu, Nini ada post kat group batch. Dia cakap lah yang dia kena pergi KLCC Sabtu ni untuk interview and photoshoot. Time memang terkejut gila ahh.

So buddyz dia yang terlalu comel, baik, pandai, caring ni pun suggestkan untuk dia pakai baju apa, tudung apa etc. Sampai Nurin a.k.a Dian pun bagi Nini pinjam tribal shawl dia. Aku rasa kitorang yang terlebih semangat. Macam kitorang je yang nak pergi sana.

Kami bangga ada kawan macam Nini. Yelahkan, muka dapat masuk paper, siapa tak bangga. Ye dak? Dah la Nini tu comel. Tak sabar nak tengok muka dia kat paper nanti. Nak tengok gambar Nini time photoshoot? Sila scroll down entry ni.

Girlfriend aku femes xD

Boleh jadi model ni
Kolam pun boleh 
Itu je kot untuk malam ni. Bye. Assalamualaikum.