Sunday, August 4, 2013

Mercun

Assalamualaikum :)

Ramadhan hampir meninggalkan kita. Lagi berapa hari je kita nak sampai ke bulan Syawal. So mesti semua dah beli baju raya kan? Baju raya aku tahun ni warna ungu. Satu family warna ungu. Tahun lepas baju raya kami warna biru. Actually aku bukannya nak cerita pasal benda ni.

Malam tadi aku dengan sepupu main mercun. Macam macam mercun ada. Mercun bola, telur, roket, mancis. Bunga api pun ada. Okey, setiap tahun rumah nenek aku mesti pasang pelita. Rumah nenek aku tu belakang rumah aku je. Lepas solat Maghrib, Yaya dengan Aqilah keluar. Kononnya nak main bunga api. Jadi aku pun follow jelah diorang. Aku ni pun dah lama tak main bunga api. Rindu pulak rasanya.

Tiba tiba semua sepupu aku keluar. Siap bawak mercun lagi. Kami lawan mercun dengan jiran sebelah. Memang pow pow pow lah bunyinya. Tapi yang sedinya, kami kena marah dengan Paksu sebab baling mercun kat reban arnab dia. Tak pasal pasal arrnab dia boleh mati sebab terkejut dengan bunyi mercun kitorang. Lepas kena marah dengan Paksu, kitorang kena marah lagi dengan makcik sebelah rumah sebab baling mercun bola kat perigi dia.

Yaya, Aqilah, dengan Zeti main bunga api. Diorang mian bunga api dekat dengan rumput kering dan sabut kelapa. So api dia adalah terkena sikit kat sabut kelapa tu. Mula mula kitorang tak perasan. Lepas habis main mercun, kitorang pergi rumah makcik kitorang kat belakang. Kitorang lepak kat beranda rumah dia sambil makan KFC. Masa tengah makan, Ica ada nampak asap kat tempat budak budak main bunga api tadi. Time tu budak lelaki semua dah takde. Tinggal budak perempuan je. Tu pun budak budak kecik. Umur 3 tahun sampai 8 tahun.

Aku dengan Ica je kira dah besar sikit. Aku 14, Ica 13. Jadi kitorang pun pergi kat tempat banyak asap tadi. Memang betul sabut kelapa tu terbakar. Dah la apinya besar. Mula mula Ica guna selipar dia untuk padamkan api. Tapi api dia makin lama makin besar. So aku pergi kat paip dan isi sebaldi air. Lepastu, simbah kat api. Tak boleh nak kira berapa baldi air untuk kitorang padamkan api tu. Banyak jugak. Penat aku. Kami jadi bomba malam tadi. Best gila.

Lepas ni kami dah taknak main bunga api dekat dengan rumput kering lagi. Serik dah. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Ini semua sebab bunga api. Nasib baik orang tua tak nampak. Kalau diorang nampak, memang kena marah la kami semua. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Bye, Assalamualaikum.

Wednesday, July 31, 2013

Talam 20 Muka

Assalamualaikum :)

Aku paling tak suka bila ada orang yang kacau hidup aku. Padahal aku tak kacau hidup dia pun. Sebenarnya apa yang dia nak dari aku? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku? Selama ni aku ok je dengan dia. Tapi lepas dia cakap aku bukan bukan, takkan aku nak diam? memang tak la kan.
Aku takkan berdendam dengan orang kalau orang tu tak cari mati dengan aku. Aku takkan buat macam ni kalau dia ok je dengan aku. Apa masalah dia? Dengki? Cemburu? Siap bagi surat bagai. Tau pulak dia marah bila aku update kat blog macam ni. Dia pikir aku tak marah dia kutuk kutuk aku?
Pagi tadi masa aku datang kelas nenek tu, aku perasan je yang nenek tu ada jeling kat aku. Lepas tu aku panggil dia nak settle. Dia ada cakap yang takde benda buat dia tak puas hati dengan aku. Tapi hakikatnya? Aku tau sangat perangai dia macam mana. Hipokrit!! Depan aku baik, kat belakang dia tikam aku. Dia kutuk aku bukan bukan.
Kadang kadang aku tak faham dengan dia ni. Sekejap baik sekejap tak. Aku takkan play game kalau takde orang yang start. Tapi kau yang start dulu kan? Jadi aku pun play lah. Aku pun tak tau bila nak "game over." Daripada muka aku tadi dia nampak yang aku still tak puas hati lagi dengan dia. Memang pun. Aku memang tak puas hati dengan dia!
Aku takkan serik selagi dia tak rasa apa yang aku rasa.  Aku memang berdendam dengan dia. Aku tau dendam dendam ni tak baik. Tapi macam aku cakap tadi lah. Aku tak suka orang cari pasal dengan aku. Kalau orang ok dengan aku, aku pun ok jugak dengan orang. Kalau aku diam, mungkin dah panjang berjela dah novel dia tu. Best betul dapat kawan yang talam 20 muka ni.

Tuesday, July 30, 2013

Inilah Kawan


Assalamualaikum :)

Dendam di hatiku masih belum terbalas kepada Nenek Kebayan Moden yang suka reka cerita tentang aku. Apabila memikirkan kembali apa yang dia cakap tentangku, hatiku bagaikan ingin meletup bom kebabom seperti tayar lori yang pecah. Wahai Nenek Kebayan, ingin saja aku memaki hamun engkau tetapi apakan daya niatku ini selalu saja diganggu oleh pelbagai halangan. *bahasa buka teks ke ni?*

Aku benci perempuan hipokrit. Benci perempuan perasan hot. Benci perempuan yang terhegeh hegeh nak kat lelaki. Wahai si nenek kebayan, haritu kau dah minta maaf kat aku. Tapi sekarang kenapa kau tak puas hati lagi kat aku? kenapa kau nak perli kawan kawan aku? kau pikir kau bagus? kau pandai kan? kenapa kau tak fikir dulu sebelum nak buat something yang bodoh macam tu?

Selama ni aku ingatkan kau baik, tapi bila kau dah buat aku macam ni. Memang tak lah aku nak percaya kau lagi. Menyesal rasanya aku delete entry haritu. Kau cakap kau dah bakar novel yang kau tulis tu. Kau cakap kau dah unfriend zombie celup tu. Memang la kau buat semua tu. Tapi aku tau kau takkan boleh lupakan zombie celup tu dan kau takkan boleh terima hakikat.

Depan aku kau baik. Belakang aku? perangai kau macam sampah sarap la wei. Makin lama aku tengok muka kau, makin membuak buak kemarahan aku kat kau. Pagi tadi aku perasan je kau dengan geng kau ulang alik depan kelas aku semata mata nak pandang zombie celup tu. Woi, zombie celup tu cuma sembang  je dengan aku. Itu pun kau dah cakap kitorang dating. Kepala tengkorak kau!

Sekarang ni aku cuma tunggu masa yang sesuai je nak bidas kau. Wei, kalau setakat kutuk belakang belakang, aku pun boleh buat. Kau bagi budak kelas kau baca novel kau. Aku pun boleh bagitau budak kelas aku pasal perangai kau yang sebenarnya.

Kalau kau nak sangat dekat zombie celup tu, kau ambik jelah dia. Tak payah la susahkan hidup aku. Tak payah la nak masukkan nama aku dalam novel kau yang macam haram, sial, cilaka tu!!  Aku tak kacau life kau, so kau pun tak payah la kacau life aku! Benci doh tengok muka kau!

Saturday, July 27, 2013

Si Tembam Niniey


Hello hello! Assalamualaikum. Dah 18 hari kita puasa kan? sekejap je rasanya. Waktu sekarang menunjukkan pukul 12.47 a.m. tapi aku tak tau kenapa mata aku ni still tak mengantuk lagi. Biasa waktu waktu macam ni aku dah tidur. Takpelah, bukannya selalu pun aku tidur lambat macam ni. Btw, ini entry yang sangat sangat sangat sangat sangat gembira.

Pada hari Khamis yang lalu bersamaan 25 Julai 2013, Nini ada dapat call daripada reporter. Reporter tu cakap yang girlfriend kesayangan aku ni terpilih untuk masuk akhbar. Lepas tu, Nini ada post kat group batch. Dia cakap lah yang dia kena pergi KLCC Sabtu ni untuk interview and photoshoot. Time memang terkejut gila ahh.

So buddyz dia yang terlalu comel, baik, pandai, caring ni pun suggestkan untuk dia pakai baju apa, tudung apa etc. Sampai Nurin a.k.a Dian pun bagi Nini pinjam tribal shawl dia. Aku rasa kitorang yang terlebih semangat. Macam kitorang je yang nak pergi sana.

Kami bangga ada kawan macam Nini. Yelahkan, muka dapat masuk paper, siapa tak bangga. Ye dak? Dah la Nini tu comel. Tak sabar nak tengok muka dia kat paper nanti. Nak tengok gambar Nini time photoshoot? Sila scroll down entry ni.

Girlfriend aku femes xD

Boleh jadi model ni
Kolam pun boleh 
Itu je kot untuk malam ni. Bye. Assalamualaikum.

Saturday, June 15, 2013

Abang Gila?


       Abang Gila? haha itu topik untuk hari ni kayy. Pada suatu hari, Hafiz tunjukkan gambar abang gila tu kat aku dengan Niniey. Lepastu Niniey mintak kat dia then kitorang conteng. Abang Gila tu adalah abang yang paling selekeh di dunia dan dia berusia 16 tahun sekarang.

       Masa aku form 1, dia minat kat aku so dia suruh Qayyum bagi surat dia kat aku. Time tu lepas rehat aku tengok atas meja tiba2 ada satu surat. Aku dgn Tirano baca and kitorang tergelak baca ayat dia yang macam sampah tu. Sumpah lawakk. Then, aku balas lah, aku cakap apa entah. tak ingat.

       Sampai sekarang aku menyampah tengok muka dia. Masa first day aku tengok muka dia memang aku dah menyampah. Tapi bila aku tau perangai dia lagilah bertambah benci aku kat dia. Act, aku nak game dia je. Tapi dia macam percaya aku suka dia. haha kesiaann.

Tangan Dibahu Mata Ke Atas

        Selekeh kan? haha tau dahh. Aku ada jugak post gambar ni kat twitter. Lepas post, aku terus buang. Lepas tu Niniey cakap "kan aku suruh kau bakar guna dapur gas". So aku pun ambik balik kat tong sampah dan bakar. Yeayy settle! Kitorang plan nak bland lepastu bagi kucing minum. Haha tak pasal2 kucing tu boleh mati. Agaknya kalau bagi hantu makan pon dia taknak. Maklumlah, hantu sekarang ni moden. Tak main la makan gambar. haha kidding.

       Macam2 kitorang conteng gambar dia kan? kitorang memang nakal. tapi sikit je. Eh okay la Assalamualaikum.

Saturday, June 1, 2013

I Hate Hacker


       Assalamualaikum and Good Morning. mulakan pagi anda dengan senyuman. cecehh. terbangun awal pulak hari ni. So now, aku nak cerita pasal twitter aku. Sebelum itu, ini adalah sad story ok. Sesiapa yang tak sanggup membacanya boleh sign out and pergi buat homework. *kidding*.
       27 May 2013, hari yang agak sedih untuk aku. Nak tau kenapa? hmmm..twitter aku kena hacked! shit gila hacker tu. seperti biasa, aku memang setiap hari on twitter. Tapi ada satu hari ni iaitu 27 May,tiba2 twitter aku tak boleh sign in. aku dah cuak time tu. Ni link twitter tu https://twitter.com/afiqah_izwani , lepas tu aku on facebook. Then, niniey IM, dia cakap twitter aku dah kena hacked. agak terkejut time tu. hacker tu siap tukat twitcon dengan header lagi. Hacker tu cakap dia nak hack 48 jam je.
Twitcon
       Sampai sekarang aku tunggu dia pulangkan acc twitter tu. niniey dengan aku ada DM dia. Dia reply and bagi balik. Tapi dia reply DM niniey. patutla bila aku DM dia, dia macam pelik je. rupanya dia dah DM niniey awal2. niniey je yang tak bagitau aku lagi. shittaaa. So time tu aku tak tau la kan yang dia dah DM niniey. Aku DM dia then maki2 dia sebab tak pulangkan acc twitter aku. Niniey call aku. dia cakap hacker tu dah pulangkan. Niniey bagi la password acc tu kat aku.
       Aku try la sign in. tiba2 tak boleh. ok pelik sekejap. Niniey cakap maybe dia marah kot sebab aku dah maki dia. aku rasa teruk jugak aku maki hamun dia. aku maki dia, sebab aku tak tau yang dia dah pulangkan acc tu. Kalau aku tau dia dah pulangkan, takkan la aku nak maki dia kan. Sampai sekarang acc tu tak boleh sign in. So aku buat acc twitter baru https://twitter.com/afiqahizwani_ . Follower pun baru 22. Sedihh gila.
       Dear hacker, I'm sorry. please give back my twitter acc. Takde mood nak sambung. k bye Assalamualaikum. 

30 May 2013


       Hello peeps. agak bosan malam ni. 30 May? haha itu birthday date aku. surprise gila time Lisha baling tepung and telur kat aku. Sha la yang start baling telur. dah la kena muka aku. sakit wooo. sampai menangis aku tahan sakit. dah la dengan bau telur tu lagi. memang terasa nak muntah time tu. Lepas tu, semua orang main baling2 tepung. best gila.

       Lepas puas main baling2 tepung tu, bermulalah sesi fotografi. snap sana snap sini. bukan2. pastu tetiba ada satu kereta ni lalu and driver tu berhenti kt sebelah kitorang. agak pelik. pastu dia tanya "Birthday siapa ni?" pastu Sha cakap "birthday Ika". tak silap aku ada 3 orang lelaki dalam kereta tu. banyak jugak dia cakap dengan kitorang. Last2 Sha ambik tepung and nak baling kt diorang. driver tu cepat2 speed. hahaha k lawak.

       Time tu aku rasa dah nak dekat masuk Asar. so ramai la orang nak pergi masjid berjemaah. Disebabkan diorang buat surprise tu dekat dengan masjid, rasa tak sedap la kan. pastu kitorang plan pegi rumah Sha dengan berbaju dan bermuka tepung. haha kitorang buat tak tau je lalu depan orang ramai. setiap kali terserempak dengan orang, aku usha mulut dia. nampak sangat dia tahan gelak. mana taknya, memang baju dan tudung kitorang penuh dengan tepung.

       Tak lama tu, sampai jugak rumah Sha. tiba2 Sha masuk rumah dia then ambik lagi 5 biji telur. ya Allah! terkejut aku. ingatkan apa la yang dia bawak dalam plastik tu. rupanya telur. Aku tanya "kau nak buat apa telur tu?" dia cakap "aku nak kenakan Linda". kitorang pon dah setuju, time tu Linda pergi hantar kakak dia lepas tu nanti dia pergi sini balik. So kitorang pon tunggu. Lepas dia datang, kitorang terus campak telur kt baju dia. tiba2 terkena kat side mirror and screen phone dia. mampos la. tapi dia tak kesah. huh selamat.

       Aku terpaksa balik dengan baju penuh tepung. ramai jugak yang bahan. sabar jelah. dah nasib kan. so kena terima. Tapi memang best time tu. kenangan yang tak dapt dilupakan. kitorang habiskan 15 biji telur and 2 bungkus tepung. Kesian Sha. dia yang beli semua tu. Time tu Hanis pon ikut jugak. memang bertambah best. dah lama tak jumpa dia. Btw, thank you so much korang! aku sayang korang. Aku harap persahabatan kita takkan putus. Amin. Nak tengok gambar kitorang? scroll entry ni.







Ok itu je. Bye Assalamualaikum. :)



     


     

Tuesday, May 28, 2013

Lisha Forever

Lisha

       Aku nak cerita pasal buddys aku. First aku rapat dengan diorang nih time darjah 6 rasanya. tak ingat sangat. aku tak tau macam mana kitorang boleh rapat. maybe sebab ustazah suruh aku duduk sebelah sha kot. tiba2 aku rapat dengan dia. then tiba2 rapat dengan budak2 dia pulak. hahaha tak sangka. dulu aku rapat gila2 dengan Zatul. tapi sekarang aku dah lupakan dia. 
       Aku ingat lagi. kitorang suka sangat makan tepi longkang time rehat. pengotor kan kami? hahaha budak2 lagi. pikir apa kan, janji perut kenyang. masa darjah 6, kitorang geram dengan makcik kantin sekolah agama. time kitorang rehat je, makanan dah habis. tak lama tu kitorang pakat, bawak bekal. so semua orang bawak bekal makan sama2 kt tepi longkang.best je time tu. gurau2 dgn diorang.nikmat woo. 
       Nama LISHA tu sebenarnya gabungan nama kitorang. L-Linda, I-Ika, S-Sha, H-Hanis and A-Adilla. sampai sekarang kitorang buddys. KAMI BUDDYS, KAMI TAKKAN TERPISAH. cecehh. hahaha. tapi kitorang tak rapat sangat dengan Hanis. kalau kitorang keluar pon mesti berempat je. Hanis takde. parents dia tak kasi dia keluar. kitorang berempat pernah gaduh besar dengan hanis ni. memang time tu kitorang tak tegur dia langsung. rombongan pon kitorang tak sama2 dengan dia.  ok dah stop cerita pasal gaduh.
       Setiap 2 minggu sekali kitorang akan hang. best gila keluar dengan diorang. pergi situlah pergi sinilah. kalau boleh semua tempat kitorang nak pergi. antara 3 orang tu, aku paling rapat dengan sha. tak tau kenapa, maybe sebab dia sekepala dengan aku kot. gila2. haha. yang 2 orang tu aku rapat jugak tapi kurang, pernah sekali linda nak keluar group sebab aku dengan sha terlalu rapat. time tu baru kitorang perasan and lepas tu kitorang ubah sikap. jadi baik kononnya.
         Eh GTG, Assalamualaikum. Bye !

Thursday, May 16, 2013

Niniey Sharlleys

Nur Fathini binti Yusuf
     Assalamualaikum,budak tu buddy aku yg ke 6. dia satu kelas dengan aku, 2Ma'awa. kadang2 dia baik kadang2 dia ni jahat sikit, suka sangat cari pasal dengan aku. kadang2 aku rasa macam nak hempuk je muka dia ni. haha xD.
     Crush dia Aeril Zafrel, Nizam Zaidi, Fank, Izzue Islam, Iqbal CJR and Conan. dia suka sgt cakap indon. kadang2 aku pon terikot ikot jugak. aku dah la menyampah dengan indon2 ni. tapi boleh pulak aku hafal lagu2 indon. haha pelik kan? geng dia ialah Shika. Shika ni pon sekepala dengan dia, tapi aku rasa Shika terlalu obses. kadang2 dia cakap pon memang macam orang indon yg tengah cakap. Shika ni minat gila dgn Bastian. Sampai letak gambar Bastian kat atas meja lagi. kalau kena koyak dgn cikgu, tak pasal2.
      Eh, apasal aku cerita pasal Shika pulak ni? ok kembali ke tajuk asal. Haritu Niniey ada pegi Singapore. So aku pon suruh dia belikan purse. aku pon tak tau dia belikan ke tak. aku tak tau macam mana kitorang boleh rapat. sebelum kitorang tak pernah rapat langsung. aku nak tegur dia pon malu. tapi sekarang, kitorang rapat gila nak mampuss. pergi toilet sama2, pegi kantin sama2, pegi koop sama2. kalau dia tak datang sekolah, aku rasa macam takde mood nak belajar.
      Ok tu je kot. no idea mehh. byebye